Biasanya saya akan mencoret di blog bila time free.. 'free' adalah masa sebelum start kerja dan waktu lunch yang mana saya tak keluar lunch. Kadang2 entry terperam berminggu2 dan dah dijadikan auto-post.

Laptop kt rumah rosak, so, bertambah la terperam entry2 dlm blog ni..

Tuesday, December 27, 2011

'Ter'shopping

Semalam pegi Sogo. Dah lama sgt dah rasanya tak gi sana. Disebabkan nk cari maternity pant, kena la jugak pegi. Bukan takde kt tempat lain tapi malas nk bersesak ke Midvalley... Ingat nk ambik cuti baru g shopping kt Midvalley nun. Kalau pegi weekend memang la sesak giler. Dah la encik husband tak suka bersesak2. So, baik kita gi hari kerja je lah.

Kononnya saya nk cari maternity pant 'sahaja'. Naik terus tingkat 4, beli maternity pant mother club. Nasib baik ada 50% off. Kalau tak, saya mmg tak beli punya lah. Mahal mengalahkan handbag.. eceh, padahal kedekut ;p. Bukan ape, kalau beli yg mahal2, bukan boleh beli selai. mau 2 3 lai. kang kopak la purse saya... hehe. Tu pun beli selai je dulu. sebab ingat nk jenguk midvalley minggu depan pulak.

Alih2 turun tengok handbag macam PERLU dibeli..kahkahkah. Murah je beli handbag tu. Lagi pun dah lama sgt dah tak shopping handbag. Tetiba mak saya pengaruh suruh beli. encik husband pun cakap 'beli je lah'... hehehe lagipun handbag tu serbaguna. besar boleh muat apa saja =)

 ** Risau sebenarnya sebab barang untuk baby langsung tak beli ape pun.. Niatnya nk tau gender dulu baru nak beli. Ye lah kan, kalau beli warna biru, alih2 baby girl..hehe. kalau beli pinky pinky, alih2 keluar baby boy plak kang haru...hehe ;p

Tak sabar nak pegi scan :))

No comments:

Post a Comment