Biasanya saya akan mencoret di blog bila time free.. 'free' adalah masa sebelum start kerja dan waktu lunch yang mana saya tak keluar lunch. Kadang2 entry terperam berminggu2 dan dah dijadikan auto-post.

Laptop kt rumah rosak, so, bertambah la terperam entry2 dlm blog ni..

Friday, December 30, 2011

Seorang 'IBU'

Last weekend kitorang keluar dgn mak saya. Mak saya adalah sgt suka MAKAN. Sekejap2 nak makan. Dan of coz la dia nak suruh kita makan skali. Maksudnya dia akan tnya kita nk makan apa.

Saya ni dah terbiasa makan tak banyak sgt (sederhana sajo lah). Maksudnya lepas makan heavy (makan tghari ke mkn malam ke), saya dah tak boleh nk makan ape2 even yg ringan2. Eh, tapi sejak dah masuk 6 bulan ni, saya dah boleh makan banyakk dah...hehe.

Disebabkan mak saya datang hanyalah sekejap sajo, maka dia adalah asyik nk makan je lah. walaupun saya dah kenyang, tapi kuturuti jua...hehe

Sampaikan semalam, masa saya hantar dia nak balik, dia nk jugak suruh saya makan durian. Bukan ape, sebenarnya, sebab saya ada sebut2 pasal durian ni tiap kali lalu kt tempat org jual durian. Kan skg ni kt kl ni berlambak org jual durian tepi jalan... Tapi serius saya dah tak larat nk masukkan durian dlm perut sebab dah makan macam2 dah..

Sampaikan bila saya lambai2 mak saya yg dah nk bertolak balik tu, dia boleh lagi buat isyarat 'makan' kt saya. dia suruh saya makan durian sebab tak sempat makn durian bersama katanya...hehe so sweet kan :))

Syukur Alhamdulillah

Syukur Alhamdulillah dengan rezeki pemberianNya, dengan nikmat yang diberi, dengan kesenangan dan sedikit ujian/cabaran bagi mengharungi hidup ini. Terima kasih Ya Allah dengan pinjaman nikmat rezeki dan kesihatan yang telah Engkau berikan..Alhamdulillah

Last week, company saya bagi bonus. Actually bukan last week sgt la.. kira macam last few days. But before that, bos bagi surat bonus tu kt sorang2 la. Pastu ada yg keluar muka senyum2 kambing, ada yg sengih2 mcm2 la...kelakar pun ada ;p

Masa lunch hour, tetiba ada sorang ni, dia lalu blakang saya then dia cakap 'kedekut, company lain lagi banyak'. Saya ingat kan dia cakap pasal apa. so saya tanya kenapa. dia cakap pasal bonus rupanya.

Ermmm tidakkah dia patut rasa bersyukur? kalau bos tak bagi ape2 pun dia boleh cakap ape?

Bagi saya, saya bersyukur sgt2 dapat bonus walaupun saya tak dapat mcm org lain dapat. Bayangkan kalau dia kat tempat saya. of coz lagi la dia menyumpah seranah kan..

Saya baru kerja 6 bulan. So, saya dapat half sajolah. Saya redho sebab mmg patut pun saya dapat half dari yg dah kerja setahun utk tahun ni. Ada rezeki, tahun depan dapat lagi InsyaAllah..

Boleh la beli barang baby sket2 =))

Thursday, December 29, 2011

Kamera

Memang plan nak beli kamera digital.. walaupun dah tak ramai org guna (ye ke?), saya masih lagi mahu mencari. Ye la, semua org dah ada DSLR. mana nk pandang dah kamera kecik ni kan. bagi saya, yg senang nak bawak la yg saya cari. sumbat je dlm handbag, jalan.. pastu rasa nk snap, keluarkan. takyah la nk bawak2 beg kamera bagai.. haha pemalas sebenarnya ;p

Sekarang ni bukan takde kamera tapi............
kamera encik husband tu asyik demam je. bateri problem. pastu rasanya charger dia yg problem. habis ngan bateri2 skali mcm kong. asyik nk kena charge je...grrrrrrr

kamera saya plak, masalahnya takleh dgn tgn org lain. dgn tangan saya je yg ok. kalau suruh org lain snap, mmg hancuss la. bergegar semacam je.. pelik betul. padahal kamera tu dari jepung.. dia nk dgn tgn saya je plaks..huhu

so, saya nk sgt beli kamera yg tak mahal sgt, yg banyak function, yg function superb, supaya gambar nanti jadi cantik. Ye la ka, dah nak dapat baby nanti nak ambik gambar banyak2 buat kenangan. majlis2 cukur jambul la, kenduri la, semua tu nk kena suruh org lain snap.. kalau nk harap kamera yg ado skg, hancus la gambar2 utk dibuat kenangan...

Sekarang pun saya tak ambik gambar masa pregnant sgt. nak ambik pakai ape? takat pakai hp je boleh la. tapi tak puas ok. Mana saya tau bila pulak saya nk pregnant. so, mmg nk sgt bergambar masa perut menonjol ni. Buat kenangan =))

ok, nanti saya review yg mana saya dah survey...

Cuti bersama mak :)

Cuti 3 hari, sangat seronok dan agenda full sampai malam.

Walaupun encik husband demam teruk hari jumaat ngan sabtu, tapi hari ahad tu, nasib baik dah ok sket. so, boleh la layan mak saya yang baru sampai pagi ahad tu. Dah la mak saya datang dgn bas ekspres. Hehe first time kot mak saya naik bas ekspres dari kb ke kl. Sampaikan dia takut. Rasanya dia tak tidur sgt dlm bas tu sebab saya suruh dia stop kt greenwood. So, dia kan tak biasa. kt mana greenwood pun dia tak dapat nk agak. Walau dah bagitau lepas tol kedua. tapi tetap dia mcm tak yakin..hehe.

Senang je la kitorang nk g ambik pagi2 buta tu kalau turun kt greenwood. kalau turun kt kl (hentian putra), mcm jauh sikit. So, dlm pukul 5 lebih mcm tu dia sampai, terus ambik dan rehat2 kt rumah kitorang. Plan ari ni nk g kenduri ngan nk g hospital tawakkal melawat sepupu saya.

Dalam tghari keluar, pegi kenduri. Sayangnya kamera saya tak bawak...huhu. sebab takde bateri sebenarnya :(. So, tak dapat ambik gambar banyak2. Padahal jarang je jumpa sedara2 sebelah sana nun. Elok ambik gambar buat kenangan. tapi apakan daya...sobsobsob..

Lepas kenduri, terus pegi rumah abang ipar kt gombak. sebab dah dekat. lagipun mak saya tak pernah lagi singgah sana. so, chit-chat2 terus mintak diri, pegi rumah sepupu saya kt pantai dalam plak. Mak saya saje je nk jenguk anak buah dia. harapkan saya nk menziarahi sanak sedara, memang TAK la...hehe. Bukan ape, mmg serius saya segan nk g rumah org. macam tak tau nk ckap ape..kahkah ;p

Lepas tu, zap terus ke hospital tawakkal....

Ermmmmm lepas dinner baru balik rumah. kesian encik husband yg terpaksa drive jauh2. Dah la suara masih tak baik2. demam macam nak dtg balik. Balik rumah terus mkana ubat, rehat..

Alhamdulillah, semua plan yg dirancang menjadi :)

Wednesday, December 28, 2011

'belum ada apa2 lagi ke?'

Hari ahad lepas, saya pegi kenduri. tentera yg kawin. kira mcm sedara la.. pengantin laki ngan pempuan dua2 tentera. first time tgok org jln bawah pedang.. wah, jakun ok ;p

Yg mak pengantin pempuan tu la sedara kitorang. kira sepupu mak saya la. bab tu mmg saya tak ambik peduli sket (padahal banyak ;p). mana la saya tahu sepupu sepapat ke ape ke... dah mak saya dtg, so, kitorang pegi je la.

duduk2 makan, tetiba makcik (sedara) sebelah saya tanya "belum ada apa2 lagi ke?". Well, ape perasaan korang kalau org tanya mcm tu eh? padahal dah lebih 24weeks dah ni. dah lebih 6 bulan dah makcik...erkkk segan plak nk jawab mcm tu kan. kang tak sopan plaks.

So, saya jawab la "ada dah, cuma tk nampak sgt" boleh plak dia ingat baru 3 bulan...kahkah. bila dia tau dah 6 bulan, maka terkejut la weh. ermmm tak nmpak sgt kot. or, muka saya mmg tak nmpak mcm org ngandung pun. huhuhu redha, pasrah je lah....

Tapi, apa yg saya perasan, pipi saya makin mengembang. kdg2 bangun tido, macam sembab je muka (pipi la terutamanya).

Esok saya ada check up.. risau adakah berat dah naik? atau naik sikit? atau???

Boleh tak nk skip check up? sebab kan skg saya kena check up 2 minggu skali. org lain rileks je sebulan skali... huh tak suka la asyik nk check up je :(

Mulai sendat

Semua baju kerja (kemeja) sudah pun mulai sendat. So, tibalah masanya saya menyimpan baju2 yg bercutting kecik dipinggang dan sendat diperut.. ooohhh sayangnya :(

So, list untuk shopping makin bertambah la nampaknya. Saya sebenarnya tak minat nak pakai baju pregnant ni. kalau boleh nk pakai baju biasa je yg besar sikit. Apsal entah mmg kurang minat la dgn baju pregnant yg bertali2 bagai tu..hehe. Ingat nk cari blouse biasa size longgar sket je nk buat pakai kerja.

Pagi ni, saya masih lagi memakai kemeja. nampak nau bulat perut dah nih. so, ni kali terakhir la pakai kemeja ni masa pregnant..hehe. Sekarang ni, jalan sket mengah walaupun saya masih boleh jalan laju2, tapi lepas tu mesti rasa mengah. duduk bangun duduk bangun pun rasa mengah..huhu lagi berapa bulan ek.. bertabahlah wahai badan :)

Risau jugak ek sebenarnya.. senang ke nk kembali ke bentuk asal bila lepas bersalin nanti?....hehe entah ape2 tetiba terpikir plak. padahal takde la naik banyak sgt. tapi risau bentuk tu..kehkeh ;p

Tuesday, December 27, 2011

'Ter'shopping

Semalam pegi Sogo. Dah lama sgt dah rasanya tak gi sana. Disebabkan nk cari maternity pant, kena la jugak pegi. Bukan takde kt tempat lain tapi malas nk bersesak ke Midvalley... Ingat nk ambik cuti baru g shopping kt Midvalley nun. Kalau pegi weekend memang la sesak giler. Dah la encik husband tak suka bersesak2. So, baik kita gi hari kerja je lah.

Kononnya saya nk cari maternity pant 'sahaja'. Naik terus tingkat 4, beli maternity pant mother club. Nasib baik ada 50% off. Kalau tak, saya mmg tak beli punya lah. Mahal mengalahkan handbag.. eceh, padahal kedekut ;p. Bukan ape, kalau beli yg mahal2, bukan boleh beli selai. mau 2 3 lai. kang kopak la purse saya... hehe. Tu pun beli selai je dulu. sebab ingat nk jenguk midvalley minggu depan pulak.

Alih2 turun tengok handbag macam PERLU dibeli..kahkahkah. Murah je beli handbag tu. Lagi pun dah lama sgt dah tak shopping handbag. Tetiba mak saya pengaruh suruh beli. encik husband pun cakap 'beli je lah'... hehehe lagipun handbag tu serbaguna. besar boleh muat apa saja =)

 ** Risau sebenarnya sebab barang untuk baby langsung tak beli ape pun.. Niatnya nk tau gender dulu baru nak beli. Ye lah kan, kalau beli warna biru, alih2 baby girl..hehe. kalau beli pinky pinky, alih2 keluar baby boy plak kang haru...hehe ;p

Tak sabar nak pegi scan :))

Saturday, December 24, 2011

Nampak kaki orang sebelah

Saya rasa tak selesa sgt2 bila masuk toilet, kita boleh nampak kaki org sebelah kanan ke kiri ke... rasa mcm takde privacy langsung.

Dah la saya ni susah nk membuang. kalau nampak kaki org sebelah lagi la payah. mmg tak laa.....huhu. Saya akan cari toilet yg takde org (kalau boleh) untuk membuang. takat nk kencing, ok lagi la. tapi kalau urusan yg lebih besar lagi, saya mmg tak suka org ramai2 dlm toilet, pastu nampak2 kaki la.. terus tak jadi nk membuang... apsal entah.

Dulu2 lagi la..saya takkan kencing kalau kt luar (toilet awam).... kalau nk b*rak lagi la, mmg kat rumah sahaja. Huuu mmg teruk jugak la rasanya. Tapi lama2 saya dah ok sket. tapi sekarang ni masih takleh terima kenyataan nampak kaki org sebelah... of coz la org sebelah pun nampak kaki saya...erkkk?

toilet office saya skg ni mmg mcm tu. so,saya akan cari toilet yg takde org walaupun terpaksa menapak naik ke tingkat atas...hehe tenang sikit nk buat urusan ;p

Friday, December 23, 2011

Tinggalkan orang demam sorang2

huh, ari ni rasa berat sgt nk g office.... berat meninggalkan org demam (encik husband) sorang2 kt rumah... panas sgt badan dia. selsema pulak tu. So bad rasanya tinggalkan dia sorang2 tapi apakan daya :(

Semalam baru kena 'belasah' dgn bos saya pasal pregnant. Oh, mmg dia 'tak suka' org pregnant. thats why bagi dia, sesapa pregnant, company akan RUGI sebab org pregnant akan amik cuti bersalin... pastu company TERPAKSA bayar gaji walaupun kita tak bekerja a.k.a tak mengeluarkan output langsung dlm masa cuti bersalin tu...

saya tak paham pemikiran org2 mcm ni tapi, Tuhan tu kan Maha Adil. Saya mendoakan satu hari nanti dia akan sedar. Dia pun ada anak, nanti ada cucu then maybe dia akan sedar la kot.... kesian kan org2 mcm ni. Fikir nk UNTUNG dunia saja. Bagi dia, untung duit tu lah segala2nya.

Thursday, December 22, 2011

cuba cuba

cuba bukak blog baru... apsal entah blog lama ada orang hack ke? ape tak glamour pung ada jugak org takde kerja nk hack2....bosan tul lah