Biasanya saya akan mencoret di blog bila time free.. 'free' adalah masa sebelum start kerja dan waktu lunch yang mana saya tak keluar lunch. Kadang2 entry terperam berminggu2 dan dah dijadikan auto-post.

Laptop kt rumah rosak, so, bertambah la terperam entry2 dlm blog ni..

Thursday, February 2, 2012

Sabarlah sayang

Mood sekarang ni tgh bersabar. kerja banyak gila. tapi dah dapat assistant tapi... mcm2 hal la pulak. ermmmm dugaan la rasanya.

Selalu balik kerj adgn jiwa yg tension. bila tension, fikiran penat, badan pun turut penat. serius kadang2 saya tak boleh buat apa2 dah malam. lepas makan malam terus lena depan tv. kesian encik husabnd yg terpaksa tgok tv sorang2 disamping isteri yg sdg berdengkur (eh? ye ke saya berdengkur ;p)

Salah faham yang tak disengajakan

Last week, masa saya balik kampung, ada la berlaku salah faham sket antara saya dgn mak saya. Eh, sebenarnya bukan saya sorang je, tapi melibatkan adik beradik saya yg lain (adik dgn kakak saya). Salah faham tu sebenarnya saya rasa berpihak kepada saya. Bukan saya nk menang ke ape, tapi serius saya mmg tak setuju sgt dgn apa yg mak saya buat. First time kot saya rasa mcm tu.

Cerita sebenar.....
Mak saya plan nk buat solat hajat ngan makan2 untuk saya yg tgh pregnant ni kan. Biasanya org buat solat hajat masa kandungan masuk 7bulan. so, kebetulan saya mmg ngam2 masa balik ari tu 7 bulan. so, mmg saya setuju la nak buat. Tapi dah cakap ngan mak saya saya nk buat kecik2 je. Yang pentign solat hajat tu, bukan kenduri kendara besar2an.

Actually, mak saya dah plan 3 minggu sebelum saya balik lg. Dia mcm excited sgt2. Macam nk dapat cucu sulung la plak. ermmmmm saya ckp nanti bincang pasal tu masa saya balik nanti. saya tak nk la buat besar2an. nk jemput adik beradik ngan org surau je cukup la. lagipun bukan la ni cucu sulung mak saya. tak perlu la besar2. solat hajat tu yg penting. bukan makan2.

Motif sebenar saya nk buat kecik2 ni bukan ape, cuma mmg takde org nk menolong masak2 ngan kemas2 rumah.. sebab biasanya saya ngan husband la tukang itu ini kt rumah mak saya. please la, kitorang pun penat jugak. Bayangkan balik dari kl, balik rumah mertua pun kitorang jugak yg kemas sana sini, balik rumah mak saya pun kitorang jugak. macamla kitorang ni anak tunggal. Kt rumah mertua saya tu ye la, sebab mertua saya uzur, pastu dia mmg tinggal sorang2, consider ok la jugak. Tapi kt rumah mak saya, mak saya sendiri pun sihat lagi, cuma dia mcm takde masa je nk kemas2. Mmg selama ni dia harapkan saya sorang je nk balik kemas2 rumah dan sebagainya... anak2 lain mmg tak ambik port sgt. Ermmmmm dah nasib saya kan. Kalau time saya tak penat takpe la. tapi skg ni perut dah memboyot.. cepat je lelah/mengah2 skg ni. jalan2 sket pun dah mengah. pegang penyapu sekejap pun dah tercungap2... lelah pun ya, sakit pinggang pun ya.

Pastu mak saya cakap kitorang adik beradik tak bersungguh2 nk buat makan2 tu. ermmm puas jugak la kitorang memujuk mak saya. akhirnya, jadi jugak la majlis simple. solat hajat dan makan pulut durian. Saya tahu mak saya masih tak puas hati dgn majlis kecik mcm tu. tapi, saya jugak nak mak saya faham keadaan adik beradik saya yg lain. diorang pun ada urusan diorang. tak semestinya bila saya balik, diorang nk kena spend time untuk saya. kadang2 rasa bersalah pulak kan.. lagipun saya tak nak adik ngan akak saya rasa mcm mak saya sayang saya lelebih plak. ye la, masa diorang dulu, mak saya tak de la excited mcm ni skali. ermmmm. mak saya dah ada 5 org cucu pun. ni cucu ke-6 dah. Insyallah semuanya selamat...Amin :)

Kadang2 nk pujuk org tua ni bukan senang.. lebih susah dari pujuk budak2 tau. sebab budak2 ni, kalau kita belikan barang yg dia suka, terus ok. tapi org tua.....huhu mencabar ok.

Segala yg berlaku tu semua ada hikmahnya, dan banyak yg saya pelajari. kita pun tak tahu nanti kita tua, mcmne perangai kita kan. Cubalah memahami perasaan org tua terutama mak ayah kita.

Tuesday, January 31, 2012

Tak cukup!!!

Cuti dah 9 hari.... tapi saya masih rasa macam tak cukup. Malas nak datang kerja. Malas nk bangun pagi2, mandi dan bersiap. Akibatnya pagi semalam saya sangat lesu. tak bermaya..huhu

Tapi tetap saya gagahi jua... oh, so hot mummy! Well, perasan je lebih kan....

Balik dari kampung ari sabtu. badan adalah sgt letih, lesu dan sakit2. Bukannya saya dah sarat sgt tapi maybe sebab aktiviti kt kg tu memenatkan fizikal saya, saya rasa sgt2 letih. Tak cukup rehat. Padahal tak buat apa pun ahad tu. pegi rumah kakak ipar je pun. Tu pun nasib baik bertolak balik kl ari sabtu pagi..kalau tak, mau ari ni mc.. eh ;p

Datang2 kerja, semua org tegur perut saya dah besar. Well, mmg cepat membesar betul la skg ni. Saya rasa makin kembang.. bila masuk 7 bulan mmg cepat je baby ngan mak baby membesar.

**anyway, balik kg best tapi penat. tapi berbaloi sebab cuti lamaaa......... walaupun kepala kusut dgn pelbagai !@#%$%&^^, tapi saya tetap enjoy!

Anti sosial

saya ni boleh dikatakan anti sosial. ye ke ;p

Sekarang, mkn tghari sorang2... malas nak join org lain..haha. makan depan facebook, depan blog. gila la kan. lama2 boleh jadi gila kalau berterusan macam ni.

Friday, January 20, 2012

Kecantikan-Mu keindahan-Mu kekuatan-Mu kekuasaan-Mu

Ya Allah sesungguhnya waktu dhuha itu dhuha-Mu
Kecantikannya kecantikan-Mu…Keindahannya keindahan-Mu
Kekuatannya kekuatan-Mu…Kekuasaannya kekuasaan-Mu
Perlindungannya perlindungan-Mu…

Ya Allah jika rezeki masih di langit, turunkanlah
Jika di bumi keluarkanlah…Jika sukar permudahkanlah
Jika haram sucikanlah…Jika jauh dekatkanlah
Berkat waktu dhuha
Kecantikan-Mu keindahan-Mu kekuatan-Mu kekuasaan-Mu
Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada
hamba-hamba-Mu yang soleh

Thursday, January 19, 2012

Jealous

Minggu depan saya tak masuk office. Dengan kata lain saya malas nak datang kerja. dengan kata lain, saya CUTI. dengan kata lain, Company saya mmg close.. well, jealous tak? hehehheeh

tak perlu mintak cuti ke ape.. mmg seminggu direct saya diberi cuti percuma oleh company ni. padahal company jepung. tapi raya cina sampai seminggu. alhamdulillah. boleh la saya balik kampung. buat preparation sket sebelum balik bersalin nanti...

Actually plan nk bersalin kat KL je kot. balik sana lepas seminggu (insyaallah) kalau sihat (mak ngan baby). ambik flight je balik nanti. tapi risau jugak sebenarnya sebab masa tu baby baru seminggu kot..

Baby kecik ni risau jugak kan.. gegendang telinga dia masa naik flight tu... ermmm tawakkal lah, insyaallah semuanya akan selamat :)

Saya harap saya cepat sihat lepas bersalin nanti. moga2 saya boleh berpantang sendiri. Ya, walaupun berpantang kt rumah mak saya sendiri, tapi saya haruslah berdikari. mak saya moden ok. bukan macam mak org2 lain. semua mak org lain yg sediakan termasuk mandi baby, makan masa pantang dan segala pantang larang masa berpantang tu. bila tgok adik beradik saya yg bersalin, mmg diorang independent. Paling kuat pun mak saya akan tolong masak lauk. pastu, ubat ke jamu ke ramuan ape ke nak letak kt perut ke badan ke, semua kena buat sendiri la. tu la pentingnya saya nak cari tukang urut nih. biasa makcik2 urut ni ambik tahu dan tolong ajarkan. ermmmmmm.....

Wednesday, January 18, 2012

Tak macam 7 bulan kot

Kalau org jumpa saya, mmg tak sangka saya tgh pregnant 7 bulan. mesti diorang terkejut punyalah. Apsal entah. Maybe sebab perut saya tak nmpak sgt (ke???) atau mmg sebab saya pakai baju biasa (bukan baju ibu mengandung yg sengaja menampakkan perut itu). Atau mmg diorang buat2 tak perasan perut saya membesar...hehe entah. lantak la kan.

So, saya pasrah sajo lah. bukan saya nk kecoh2 yg saya pregant pun. cukuplah org terdekat je yg tahu. eh? ;p

Last week, pegi scan. tapi 2d punya je lah. kt klinik biasa. pastu saya rasa cam tak puas hati kot sebab tak clear. doktor dah bgtau jantina dah...hehe excited. betul la apa yg saya mimpi :). pastu ada kakak opis pun ckp yg sama. ermmmm teruja gila. harap2 betul lah. bukan apa, sebab dah beli barang2 yang colour tu..hehehe ;p

Nanti dah masuk 30week saya nk g scan 3d/4d plak. nak jugak nampak clear. puas hati. so skg tgh survey2 mana tempat yg dia buat 3d/4d scan dgn bagi cd skali tu. boleh la buat kenangan kan. entah bila pulak saya pregant pun tak tahu lagi. so, ini sgt2 bermakna rasanya :)

apa pun baby saya dah nk dekat 1kg. Ermm mak dia dah naik lebih dari 4kgs kot... wah??? gembira kah ;p