Biasanya saya akan mencoret di blog bila time free.. 'free' adalah masa sebelum start kerja dan waktu lunch yang mana saya tak keluar lunch. Kadang2 entry terperam berminggu2 dan dah dijadikan auto-post.

Laptop kt rumah rosak, so, bertambah la terperam entry2 dlm blog ni..

Tuesday, January 31, 2012

Tak cukup!!!

Cuti dah 9 hari.... tapi saya masih rasa macam tak cukup. Malas nak datang kerja. Malas nk bangun pagi2, mandi dan bersiap. Akibatnya pagi semalam saya sangat lesu. tak bermaya..huhu

Tapi tetap saya gagahi jua... oh, so hot mummy! Well, perasan je lebih kan....

Balik dari kampung ari sabtu. badan adalah sgt letih, lesu dan sakit2. Bukannya saya dah sarat sgt tapi maybe sebab aktiviti kt kg tu memenatkan fizikal saya, saya rasa sgt2 letih. Tak cukup rehat. Padahal tak buat apa pun ahad tu. pegi rumah kakak ipar je pun. Tu pun nasib baik bertolak balik kl ari sabtu pagi..kalau tak, mau ari ni mc.. eh ;p

Datang2 kerja, semua org tegur perut saya dah besar. Well, mmg cepat membesar betul la skg ni. Saya rasa makin kembang.. bila masuk 7 bulan mmg cepat je baby ngan mak baby membesar.

**anyway, balik kg best tapi penat. tapi berbaloi sebab cuti lamaaa......... walaupun kepala kusut dgn pelbagai !@#%$%&^^, tapi saya tetap enjoy!

Anti sosial

saya ni boleh dikatakan anti sosial. ye ke ;p

Sekarang, mkn tghari sorang2... malas nak join org lain..haha. makan depan facebook, depan blog. gila la kan. lama2 boleh jadi gila kalau berterusan macam ni.

Friday, January 20, 2012

Kecantikan-Mu keindahan-Mu kekuatan-Mu kekuasaan-Mu

Ya Allah sesungguhnya waktu dhuha itu dhuha-Mu
Kecantikannya kecantikan-Mu…Keindahannya keindahan-Mu
Kekuatannya kekuatan-Mu…Kekuasaannya kekuasaan-Mu
Perlindungannya perlindungan-Mu…

Ya Allah jika rezeki masih di langit, turunkanlah
Jika di bumi keluarkanlah…Jika sukar permudahkanlah
Jika haram sucikanlah…Jika jauh dekatkanlah
Berkat waktu dhuha
Kecantikan-Mu keindahan-Mu kekuatan-Mu kekuasaan-Mu
Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada
hamba-hamba-Mu yang soleh

Thursday, January 19, 2012

Jealous

Minggu depan saya tak masuk office. Dengan kata lain saya malas nak datang kerja. dengan kata lain, saya CUTI. dengan kata lain, Company saya mmg close.. well, jealous tak? hehehheeh

tak perlu mintak cuti ke ape.. mmg seminggu direct saya diberi cuti percuma oleh company ni. padahal company jepung. tapi raya cina sampai seminggu. alhamdulillah. boleh la saya balik kampung. buat preparation sket sebelum balik bersalin nanti...

Actually plan nk bersalin kat KL je kot. balik sana lepas seminggu (insyaallah) kalau sihat (mak ngan baby). ambik flight je balik nanti. tapi risau jugak sebenarnya sebab masa tu baby baru seminggu kot..

Baby kecik ni risau jugak kan.. gegendang telinga dia masa naik flight tu... ermmm tawakkal lah, insyaallah semuanya akan selamat :)

Saya harap saya cepat sihat lepas bersalin nanti. moga2 saya boleh berpantang sendiri. Ya, walaupun berpantang kt rumah mak saya sendiri, tapi saya haruslah berdikari. mak saya moden ok. bukan macam mak org2 lain. semua mak org lain yg sediakan termasuk mandi baby, makan masa pantang dan segala pantang larang masa berpantang tu. bila tgok adik beradik saya yg bersalin, mmg diorang independent. Paling kuat pun mak saya akan tolong masak lauk. pastu, ubat ke jamu ke ramuan ape ke nak letak kt perut ke badan ke, semua kena buat sendiri la. tu la pentingnya saya nak cari tukang urut nih. biasa makcik2 urut ni ambik tahu dan tolong ajarkan. ermmmmmm.....

Wednesday, January 18, 2012

Tak macam 7 bulan kot

Kalau org jumpa saya, mmg tak sangka saya tgh pregnant 7 bulan. mesti diorang terkejut punyalah. Apsal entah. Maybe sebab perut saya tak nmpak sgt (ke???) atau mmg sebab saya pakai baju biasa (bukan baju ibu mengandung yg sengaja menampakkan perut itu). Atau mmg diorang buat2 tak perasan perut saya membesar...hehe entah. lantak la kan.

So, saya pasrah sajo lah. bukan saya nk kecoh2 yg saya pregant pun. cukuplah org terdekat je yg tahu. eh? ;p

Last week, pegi scan. tapi 2d punya je lah. kt klinik biasa. pastu saya rasa cam tak puas hati kot sebab tak clear. doktor dah bgtau jantina dah...hehe excited. betul la apa yg saya mimpi :). pastu ada kakak opis pun ckp yg sama. ermmmm teruja gila. harap2 betul lah. bukan apa, sebab dah beli barang2 yang colour tu..hehehe ;p

Nanti dah masuk 30week saya nk g scan 3d/4d plak. nak jugak nampak clear. puas hati. so skg tgh survey2 mana tempat yg dia buat 3d/4d scan dgn bagi cd skali tu. boleh la buat kenangan kan. entah bila pulak saya pregant pun tak tahu lagi. so, ini sgt2 bermakna rasanya :)

apa pun baby saya dah nk dekat 1kg. Ermm mak dia dah naik lebih dari 4kgs kot... wah??? gembira kah ;p

Tuesday, January 17, 2012

Outing bersama kawan baik

 Ni gambar ahad lepas. saya outing bersama kwn2 masa study kt utm. diorang best friend saya :) sorang tu dah ada dua anak. sorang lagi belum kawin.
Dah lama dah sebenarnya tak jumpa diorang. rindu. pastu dgn tak betul2 plan, berjaya jugaklah kitorang jumpa..hehe :))

Friday, January 13, 2012

Kenapa cute sangat????

Last 2 weeks, kitorang (suami isteri) jalan2 kt MidValley, jalan2 kt bahagian baby. sebenarnya nk cari baju maternity. tapi, nan ado yg berkenan pong.. huh susah rupanya nk berkenan dgn baju maternity nih. semuanya jenis macam makcik2 (ke saya sorang je yg rasa mcm tu?). Terus decide nk cari blouse biasa je. janji longgar sket. tapi still payah nk berkenan. maknanya hari tu DIA tak nak saya habis duiat la kan...

Bila duk pusing2 kt bahagian baby, alahai berkenan betul tgok baju baby girl. wah, banyak gila! teruja sgt! kalau lah saya tahu gender baby saya, saya dah pau dah..hehehe cute sgt2 rasanya :) Terus rasa nk gi scan masa tu jugak.. ahaks ;p

Encik husband cakap takyah scan lagi. next 2 weeks (means this week) baru kita scan. Oh, esok dah sabtu kan? tak sabarnya nk scan ;p

tapi baju baby boy pun banyak yg cute skg ni kan.... eiiii geramnya tak sabar nk shopping baju. tapi org cakap baju baby yg saiz kecik (new born) takleh beli banyak sgt sebab baby cepat besar. so, nak kena beli yg 3months to 6 months gitu yg banyak sikit kot? eh, ye ke? entah ;p

Tuesday, January 10, 2012

Sangat lapar

pukul 12 tadi, saya rasa menggigil kelaparan. padahal pagi tadi makan bihun goreng dah (walaupun sikit). Kiranya dah alas perut dah. tapi serius menggigil. maybe sebab banyak kerja, guna otak banyak, fikir banyak, so, makan tenaga...kahkahkah.. teori yg tak berapa boleh dipakai kot ;p

Sekarang ni, bila tgok makanan, semua rasa mcm best (oooohhhh tidak!). Kenapa ek? sama jugak bila sayant tgok tv, mesti saya akan cakap bestnya mkanan tu, NAK... hohoho. pastu encik husband mulalah nk tukar channel. hehehe. serius teringin.

O, yang saya teringin skg ni (yg susah nk dapat kt kl):
1) murtabak raja
2) ketupat sotong

Oh, lagi berapa minggu nk balik kg. horey tak sabarnya!

Durian

Hari ahad lepas, saya pegi kenduri kt Temerloh...haaa jauh kot. Kalau kitorang lakibini je, mmg tak pegi la kot...hehe, ni sebab kakak ipar yg ajak join skali, so, takyah drive sendiri. hehe naik satu keta je.

Saya ingatkan jauh, tapi takdela jauh sgt kot. dalam sejam stgah mcm tu dah sampai...hehe dah la lapar, terus makan. pastu jumpa sanak saudara yg dah lama tak jumpa. mmg saya tak kenal la diorang. first time jumpa nih. tapi pakcik tu (tuan rumah) sakit :(. sedih kan kalau tgok org sakit. takpe la kita doakan semoga dia sembuh.

Balik dari kenduri, ontheway nk balik kl, banyak betul org jual durian. Maka pencinta durian pun buat2 teruja lah..hehehe. pastu ada org nk berenti beli.. wah, lagi teruja :D

Dapat musang king dgn D24..yahooo tercapai jugak cita cita ;p

sempat snap sebelum keluar rumah.. wah, perut sudah makin membesar dah :D
Ok, bye itulah kisah m,ak buyung yg semakin gemoks....

Monday, January 9, 2012

Muka busuk!

Sebelum ni, saya cukup suka tengok muka org pregnant sebab memancar2 seri ibu mengandung tu. Tapi sekarang, walau dah nk masuk 6 bulan, muka saya adalah tak berseri2 pung.... huhu muka saya kotor, siap ada jerawat dan biji2 ruam lagi.. on off la dia naik kt muka ni. so, tak pernah la nk licin berseri2 mcm org lain.

Dan kakak kt office saya cakap baby saya baby boy... apekah? betul ke mcm tu eh? dia cakap kalau muka 'bersih' means berseri2 tu baby girl. kalau muka 'kotor' macam muka saya sekarang ni, maybe baby boy.

Ermmm yg pasti sampai skg saya tak pasti apa jantina baby saya. boy ke girl ke, saya tak kisah sgt. saya happy dan bersyukur sgt2 dikurniakan baby girl ataupun boy :)

Last week saya mimpi dapat baby boy. Boleh caya ke eh? kadang2 mimpi tu org kata petunjuk tapi, saya berserah je la. Ohhh tak sabar nk scan :))

Ni 'muka busuk' dua hari lepas ;p

Thursday, January 5, 2012

Dah lama dah sebenarnya.........

Bila saya baca2 blog orang lain, oooohhhhhh ramainya yg bercuti sana sini. Baik dalam Malaysia atau oversea.. Jealous nya saya rasa :( sob sob sob

Dah setahun kot tak bercuti.. last skali pegi honeymoon tu jer..tu pun dekat sesangat, dan sekejap sajo..huhu.

Saya teringin sgt2 nk berdua duaan meluangkan masa bersama encik husband. Tapi apakan daya kan. kerja kerja kerja. kalau tak kerja nk makan ape? Bukan takleh ambik cuti tapi, masa pulak tak mengizinkan.

Saya takdelah nk demand2 pegi oversea nun, cukup lah bercuti kt dalam negara tapi bila? Cuti panjang sket ingat nk balik kg pulak.. ermmm kan. bila la agaknya nk bercuti2 ni? Bila ada baby nanti lagi susah kot sebab nk kena fikir banyak faktor nk bercuti ni. Duduk dalam kereta lama2 pun takleh. nk naik flight pun kena fikir pasal baby dan macam2 lagi la...

Kalau boleh saya nk jugak bercuti sebelum bersalin ni.. ceh tetiba bunyi macam sedih terdesak sgt nk bercuti..haha ;p

Wednesday, January 4, 2012

Bukan tak berusaha.....

Selamat tahun baru! Entri pertama ditahun baru ni :)

Nak membebel sket. Bukannya tak berusaha, tapi dah banyak kali cuba tapi tak berjaya. apa nak buat, kan? Mungkin tiada rezeki lagi. Tapi......dah lama kot. Sampai bila harusku begini? Berserah dan berdoa. Usaha sudah, cuma mungkin nasib tak menyebelahi.

Tapi, kita hanya perlu bersabar dan berusaha lagu kuat. semoga rezeki menyebelahi kita.

'SABAR' adalah perkataan pendek disebut, pendek ditulis, senang dibaca. tapi, bila kita terlalu lama bersabar, ermmmmmmmmm....

Ok, bai, entri merepek meraban